Tahun-tahun awal Lucius_Cornelius_Sulla

Sulla dilahirkan dalam cabang Patrician Rom Silam gens Cornelia, tetapi keluarganya telah jatuh pada keadaan kepapaan pada masa kelahirannya. Kekurangan wang, Sulla menghabiskan masanya dikalangan ahli lawak Rom, pelakon, pemain seruling, dan penari. Sulla mengekalkan kecenderungannya pada kebiasaan bersuka-ria masa mudanya sehingga ke akhir hayatnya; Plutarch menyebut bahawa semasa perkahwinannya – dengan Valeria – dia mengekalkan hubungannya dengan "pelakon, ahli muzik, dan penari, minum bersama mereka di atas kerusi baring siang dan malam".[3]

Ia kelihatan hampir pasti bahawa Sulla menerima pendidikan yang baik. Sallust mengistiharkan dia sebagai terpelajar dan pintar, dan dia fasih berbahasa Greek, yang merupakan tanda berpendidikan di Rom. Cara bagaimana Sulla mendapat kekayaan yang kemudiannya membolehkan dia mendaki politik Rom, Cursus honorum, adalah tidak jelas, sungguhpun Plutarch merujuk kepada dua warisan; satu dari ibu tirinya dan satu lagi dari wanita bujang, orang bawahan, tetapi kaya.[4]

Dalam sumber lebih tua, namanya boleh dijumpai sebagai Sylla. Ini adalah Hellenism, seperti sylva bagi Latin klasik silva, diperkukuhkan oleh fakta bahawa dua sumber utama kita, Plutarch dan Appian, menulis dalam Greek, dan memangilnya Σύλλα.[5]

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...